Sunday, February 6, 2011

PENDAKIAN GUNUNG NUANG

Salam perkenalan.
Memandangkan aku baru mula dalam "Blogger", harap di ampunkan segala ketidak puasan anda dalam penulisan ini.

Hari ini, aku nak cerita mengenai tajuk di atas.

HARI PERTAMA (3HB FEBRUARI 2011)



~di mulakan dengan Bismillah.

Pada 3hb, 4hb & 5hb Jun 2011. Aku bersama rakan-rakan aku telah mengadakan aktivi sihat, dimana kami semua telah menjalani satu XPDC mendaki gunung di Hutan Lipur Gunung Nuang yang terletak di Kampung Pangsun, Kajang, Selangor. Kami yang terdiri daripada 13 orang telah melibatkan diri dalam aktiviti ini. Di sini ingin aku selitkan serba sedikit info menengai Gunung Nuang.

Pada 3hb, 4hb & 5hb Jun 2011. Aku bersama rakan-rakan aku telah mengadakan aktivi sihat, dimana kami semua telah menjalani satu XPDC mendaki gunung di Hutan Lipur Gunung Nuang yang terletak di Kampung Pangsun, Kajang, Selangor. Kami yang terdiri daripada 13 orang telah melibatkan diri dalam aktiviti ini. Di sini ingin aku selitkan serba sedikit info menengai Gunung Nuang.

-      - Ketinggian 1493 m (4899 kaki) dari paras laut.
-      - Bersempadan dengan negeri Pahang.
-      - Puncak gunung ditanda dengan sebuah beirut.
-      - Kawasan tinjau yang agak luas. terdapat beberapa kawasan yg boleh dilihat dari puncak gunung ini seperti:

·        panorama Lembah Klang & Badaraya Kuala Lumpur.
·        Menara Petronas, Menara K.L, Menara Rebung dll.
·        Empangan Hulu Langat, Klang Gate, Bukit Tabur.
·        Jika bermalam di puncak dan bernasib baik panorama Genting Highland jika dapat dilihat dari sini.

-       -Kebiasannya Gunung Nuang dijadikan tempat latihan bagi pendaki-pendaki sebelum mereka mendaki gunung-gunung yang lebih tinggi.
-      -Gunung Nuang juga adalah gunung yang tertinggi di negeri Selangor.


Mengikut perancangang, pedakian kami bermula selewat-lewatnya bermula pada pukul 8.00 am. Tapi, di sebabkan ada sedikit kesilapan teknikal, aktiviti pendakian kami bermula pada pukul 9.50 am. Di sini di selitkan beberapa gambar kami sebelum memulakan aktiviti mendaki.

Bangi Ming


Kajang Mewah Star 

 Mr. Popo / Manager (Tidak Bertopi)

Kami bersatu demi mancapai kepuasan. 
DUDUK DARI KIRI: Izz, Ewat, Amar, Cik Farah, Popo, Pi'e, Aspa.
BERDIRI DARI KIRI: Don, Enol (Along), Apek, Ijat, Show, Macha, Kombey, Jai. 

Menanti waktu mula.

Tepat pada pukul 9.50 am. Pendakian kami pun bermula. Sebelum memulakan perjalanan, kami semua menadah tapak tangan untuk berdoa yang diketuai oleh Macha supaya Allah S.W.T memudahkan perjalan kami sepanjang aktiviti dijalankan. Kami di fahamkan bahawa kami akan menempuh "Never Ending Road" sebelum sampai checkpoint pertama. Ada yang mengatakan bahawa mereka merasa seolah-olah berjalan selama berjam-jam lamanya semasa melalui "Never Ending Road" , walhal, mereka hanya mengambil masa selama 1jam lebih perjalanan sahaja.


Namun demikian, baru dalam 10 - 20 minit perjalan, salah seorang daripada kami (Jai / Tok Batin) terpaksa memberhentikan perjalananya sementara kerana belakang kakinya melecet akibat memakai kasut yang telah lama tidak digunakan. Lantas beliau nekad untuk berselipar disepanjang perjalanan.


Setelah berehat beberapa minit kami semula menyambung perjalan kami. Dalam perjalan, terdapat banyak pokok-pokok yang tumbang terutama pokok buluh dan berbatu. Perjalan memang terasa lama, mungkin kerana laluan "Never Ending Road" ini adalah laluan mendaki. Tetapi tidaklah terlalu tinggi untuk didaki, mungkin dalam 10° hingga 30°. Kami menyudahkan laluan "Never Ending Road" dalam masa 1jam 40minit (catatan peribadi 1jam 10minit) untuk sampai ke checkpoint pertama, iaitu Hentian Abra / Pondok Toman. Disini kawasan Kem yang sangat berdekatan dengan laluan sungai. Namun begitu, kami mensasarkan kawasan Kem Lolo yang tidak jauh dari situ.

 Ambil angin.

 Berehat sejenak

Bual bincang bersama Mr. Popo

Menurut seorang "bro" yang kami temui di hentian ini, Hentian Abra adalah penghujung bagi mereka yang menaiki kenderaan. Beliau yang berbasikal juga berhenti di sini sebelum turun kebawah semula.

Kami meneruskan perjalan ke Kem Lolo pada pukul 11.45 am. dan tiba disana dalam masa 45minint. Pada permulaan pendakian dari Hentian Abra ke Kem Lolo terdapat saluran paip air di sebelah kiri. 



Saluran paip ini menyusuri perjalan kami hingga takungan air / tali air yang kecil di sebelah kanan. Kami harus meniti tembok itu menghala ke kiri dan melintas anak sungai untuk meneruskan pendakian kami ke kawasan perkemahan Kem Lolo.


Selepas melintas sungai, mendaki tangga batu dan melepasi laluan pokok-pokok tumbang. Akhirnya kami sampai ke kawasan pekemahan Kem Lolo, iaitu tapak perkemah kami pada pukul 12.30 pm. Walau bagaimana pun, perjalan kami masih panjang untuk meneruskan agenda utama kami untuk menawan puncak Gunung Nuang.

 Persiapan mendirikan kemah & memasak

Pada kemah ini diduduki oleh aku, Amar & Ijat.
Tapi tempat tidur aku telah dirampas oleh Don.

Pada awalnya susah jugak nak mencari tapak kemah kami. Tetapi, setelah di "usha" (lihat-lihat) oleh Mr. Popo, akhirnya dapat juga tapak yang agak selesa untuk kami mendirikan kemah. Thanks to Mr. Popo. P/S: "maklum lah, 6 kemah nk kena pasang" =P. 5kemah untuk orang 1kemah untuk dapur. (macam nk pindah rumah pun ada) 

Selepas kemah didirikan, Jai dan beberapa orang lagi pergi mencari kayu aku untuk unggun api, sebilangan lagi mengemas dan mengumpil barang makan dalam satu kemah, ada yang duduk berehat di dalam kemah dan ada la beberapa orang yang terjun sungai (termasuk aku).

Aktivi memasak di mulakan di sebelah petang. Sesi memasak pertama dikendalikan oleh En. Kombey dan sajian santapan pertama kami adalah Meggie kari. Akibat telalu lapar, kami maki makan bagai tiada hari esok. 

Pada sebelah malam pula nasi putih & sardin adalah makan mlm kami. Masa ini sardin umpama lauk ikan siakap masak 3 rasa. Selepas kenyang makan malam, kami duduk bersantai sambil minum teh "o" panas, roti buku dan kaya.


(sory la x amek gamba masa memasak dan waktu malam. ketiduran lah).

HARI KEDUA (4HB FEBRUARI 2011)

Pada hari kedua aku, Ewat & Popo bangun seawal jam 5.00 am. Kali ini giliran aku pula mengambil alih tugas memasak. Aku mengambil keputusan untuk memasak nasi goreng sardin untuk dijadikan sarapan pagi sementara Popo menyediakan kopi panas untuk kami semua. 

Selepas bersiap, berkemas dan mengisi bekalan minum yang mencukupi. Kami meneruskan xpdc mendaki kami tepat pada pukul 10.15 am. 




Kali ini laluan menjadi semakin sukar dan pasti memenatkan sesiapun yang ingin mendaki hingga ke puncak Gunung Nuang. Laluanya cukup mencabar bagi pendaki beginner seperti kami. Tetapi sebelum sampai ke puncak, kami harus sampai ke Kem Pacat terlebih dahulu. 

Di sini ingin juga saya selitkan beberapa gambar yg diperoleh pemandangan laluan dan snapshot di sepanjang perjalan kami hingga ke Kem Pacat.

 Mr. Ewat adalah seorang yang meminati fotografi. banyak gambar-gambar yang beliau ambil penuh dengan citarasa tersendiri.

 antara laluan yang harus di tempuhi untuk ke Kem Pacat

 laluan berakar memang sinonim dengan Gunung.

 laluan tangga berbatu & penanda di pokok menandakan Kem Pacat sudah hampir.

 Letih katanya. =)


Setelah meredah segala rintangan selama 1jam 25minit (11.40am.), akhirnya sampai juga di Kem Pacat. Setidak-tidaknya kurang sedikit penat lelah, boleh juga menarik nafas lega sebelum meneruskan perjalanan kami untuk ke puncak.

Sebenarnya, sepanjang perjalan kami ke Kem Pacat kami tidak lagi bergerak siring. Kami telah terbahagi kepada beberapa kumpulan.

- DIHADAPAN: Ijat, Don, Apek dan Ewat.
- DIIKUTI: Amar & Aku
- DIBELAKANG: Jai, Show, Kombey, Pi'e, Macha, Popo dan Aspa

Kami berasa bertambah lega pabila kumpulan yang di belakang akhirnya telah tiba di Kem Pacat. Tiba-tiba kami terkejut bila melihat akan keadaan Jai. Dia di timpa sedikit malang kerana di sengat serangga gatal, satu badan Jai naik tanda-tanda merah dan dia mengadu sangat katal hingga ke kepala. Namun begitu dia masih mampu buat kami ketawa. Melihat akan sifat tahap lasaknya kami merasa sedikit tenang dan aku telah meminta supaya dia mandi di sungai di bawah Kem Pacat. (untuk ke sungai dari Kem Pacat mengambil mase lebih kurang 20minit turun dan naik)

 hye! nama saya Liyana (Pokok Liyana)

 berehat sejenak.

siapa boleh bagitahu saya lipas spesis apa?

Hampir 1jam kami menunggu akhirnya Jai muncul bersama Macha dan Aspa. Tanda-tanda gatal diseluruh badan Jai susut sepenuhnya selepas mandi tetapi dia kelihat sangat letih. Namun begitu, kami tidak boleh tunggu lama. kerana mengejar masa untuk ke puncak dan turun sebelum cuaca menjadi gelap.

Kami meneruskan perjalanan ke puncak pada pukul 1.45 pm.


Laluan lebih sukar bila perjalanan makin dekat dengan puncak. banyak rintangan-rintangan yang tak diduga harus kita tempuh.

Kami sekali lagi terpisah dari satu kumpulan.

-DIHADAPAN: Ijat, Apek, Don, Amar, Aku dan Ewat.
-DIBELAKANG: Kombey, Jai, Aspa, Show, Pi'e, Macha dan Popo.

Sampai hampir sepruh jalan ke puncak aku dan Amar semakin kebelakang. Pada kali ini aku pula di duga tuhan bila lutut aku yang sememangnya mengalami masalah didatangi kesakitan. Mujur aku sudah bersedia akan situasi ini, aku menyapu ubat "Fastum" (counterpain) untuk melegakan kesakitan. Sementara aku sedang meredakan kesakitan aku menyuruh Amar untuk bergerak dahulu.

Aku kembali meneruskan perjalanan selepas kesakitan sedikit lega. Walaupun keseorangan aku masih mampu meneruskan perjalanan, aku sudah tidak mampu lagi mengejar kawan-kawan yang berada di hadapan.

Sedang aku berjalan aku skali lagi diduga tuhan. Kali ini aku tergilincir kebawah sewaktu mendaki laluan tanah merah yang licin. Agak jauh aku tergelincir kebawah, alhamdulillah kerana tangan aku masih mampu menampung & menahan badan dari terhentak diatas batu-batuan.

Aku sekali lagi berhenti sebentar sambil memikirkan kejadian tersebut. Entah kenapa tiba-tiba ak terasa lucu akan kejadian tadi. Tidak lama kemudian, sedang aku mendaki perlahan-lahan Popo menghampiri aku dari belakang. Bila ditanya di mana yang lain, Popo memberitahu bahawa mereka telah jauh di belakang.

Kini aku tidak keseorangan, mujur ada yang menemani.

Dalam perjalanan aku telah menyaksikan kesan runtuhan tahan yang amat dahsyat semasa mendaki. Entah kenapa aku merasa gayat bila melihat akan kesan rutuhan tersebut. Perasaan ngeri itu juga telah membuat aku mahu lebih cepat untuk terus mendaki.

 nampak rendah. tapi tinggi.


Petanda bertulis Puncak Pengasih menandakan puncak Gunung Nuang makin menghampiri. Di sini dikatakan ramai yang telah sesat jika tidak tahu jalan. Terdapat 2 simpang di sini, kiri & kanan. Jika ke kanan, laluanya akan membawa kita jauh dari dari puncak. Tetapi ia akan membawa kita ke Janda Baik, Pahang (kata orang ramai). Apabila kami semakin hampir aku terdengar akan suara orang menjerit "aku kenal suara tu, tu suara Amar". Walaupun terasa hampir, sebenarnya ia mengambil lebih kurang 10minit untuk sampai ke gunung.

 saya suka awak!

 petanda paling dekat dengan puncak.

Beirut di puncak Gunung Nuang

Akhirnya kami berjaya sampai ke puncak Gunung Nuang!
Aku dan Popo mengambil masa 2jam 30minit untuk sampai keatas. Namun begitu kumpulan dihadapan telah sampai 1jam lebih awal dari aku dan Popo. Aku merasa sangat puas bila menjejakkan kaki ke puncak. Cuaca sangat sejuk di puncak, walaupun ber-sweater tebal pun masih terasa sangat sejuk. (line phone full) Kami berasa sangat bertuah kerana dapat ke puncak akhirnya. Kerana tak semua orang mampu sampai ke puncak.

Pandangan dari puncak

Kumpulan yang berada dibelakang akhirnya sampai ke puncak. Kami yang di puncak menanti penuh debar akan kehadiran mereka yang di belakang. Kami sangat-sangat terkejut pabila melihat akan Kombey, Pi'e dan Show yang terlebih dahulu sampai di puncak. Ia kerana kami sedar akan kondisi mereka.

Kami tidak akan terkejut jika Kombey yang sampai dahulu, tetapi melihat akan Pi'e dan Show yang sampai dahulu amat memeranjatkan kami. Sepanjang perjalanan kami kebelakangan ini Show dan Pi'e ada mengalami beberapa masalah stamina, tambahan pula Pi'e ada mengalami sakit dada dan pening kepala.
("cayalah korang berdua!") 

Kejayaan kami menawan puncak gunung diikuti oleh Jai, Macha dan Aspa. Kami tidak melepaskan peluang dengan menggantung kain rentang yang di hiasi nama-nama kami sebagai tanda bahawa kami telah menawan puncak Gunung Nuang dengan jayanya.

WE MADE IT!!!

(Maafkan aku kerana tidak meng-upload sebarang gambar semasa turun kerana. Sebagia langkah berjaga-jaga aku telah menyimpan kamera aku di dalam beg sepajang perjalanan turun ke bawah).

Lebih kurang jam 5.30 pm. kami sedar bahawa kami mungkin tidak akan sempat untuk sampai ke tapak perkemahan kami sebelum malam. Kami mula turun dari puncak pada pukul 5.55 pm. Kami mencuba sedaya upaya kami untuk turun ke bawah dengan sepantas yang boleh, hanya dalam 1jam 23minit iaitu pada pukul 7.18 pm. kami sudah pun sampai ke Kem Pacat. 

Selepas waktu maghrib, kami semua sambung turun ke bawah. Di sinilah bermulanya cabaran yang sedikit sukar pada perjalanan mendaki menjadi lebih sukar pada sebelah malam. Kami mula turun ke bawah dari Kem Pacat tepat pada pukul 8.00 pm.
  • Amar yang dan Jai yang berada dihadapan menjadi pemeriksa keadaan jalan sebelum yang lain lalu.
  • lampu suluh yang sangat terhad dan bekalan minuman yang sudah habis sangat-sangat menyukarkan perjalanan kami.
  • perasaan kami bercampur baur sewaktu turun.
  • Popo, Aku dan Kombey terlajak kehadapan dan terjatuh seperti kereta api yang kemalangan akibat Aspa yang berada di hadapan Popo tiba-tiba berhenti. (aku dan Kombey ketawa kecil semasa jatuh dan tangan kami berdua digigit semut hutan yang amat memedihkan).
  • terpaksa berhenti seketika kerana salah seorang dari kami hampir pitam. (tak pasti siapa)
  • sewaktu turun, Amar yang berada dihadapan dikejutkan dengan satu lembaga putih yang melintasi dihadapannya sewaktu dia sedang memeriksa keadaan jalan. Mujur dia tabah dan mendiamkan diri ketika itu.
  • perjalanan menjadi semakin laju pabila mengatahui kami tapak perkemahan kami sudah hampir.
Akhirnya tiba di Kem Lolo pada pukul 10.45 pm. dengan catatan masa 2jam 45minit. Kami semua rasa sangat lega bila dapat melabuhkan punggung di satu pondok yang behampiran dengan tapak perkemahan kami. 

Sesampai di tapak kemah kami. Semua tiba-tiba bagai bertenaga semula, bila memikirkan tentang mkn malam. Seronok bila melihat gelagat yang pelbagai bila masing-masing kelaparan. Entah kenapa aku tak terasa lapar langsung bila sampai di kemah, mungkin terlalu keletihan. Tak lama selepah mandi dan berkemas aku terus masuk tidur.

Ada yang lain makan malam pada pukul 2.00 am. dan ada juga yang makan pada pukul 4.00 am.



HARI KETIGA 5HB FEBRUARI 2011

Aku terjaga dari tidur seawal jam 5.00 am. dan tiba-tiba terus ke sungai, pabila sampai di sungai aku termenung sendirian dan tak tahu apa yang ingin ak lakukan disitu. Selepas sejenak termenung di situ tiba-tiba aku merasa cemas, lalu aku bangun dan melangkah pergi dri situ. Baru aku toleh kebelakang tiba-tiba aku terdengar akan suara azan yang agak kuat, tanpa berfikir panjang aku kembali duduk di sungai dan terus mengambil wuduk dan solat subuh di depan kemah aku.

Selepas solat aku duduk di atas batu dan menunggu sesiapa yang bangun. Tak lama kemudian Ewat pun bangun dan mengabarkan bahawa kami (Bangi Ming: aku, Ewat, Don, Ijat dan Amar) harus turun awal kerana kawan kami yang akan membawa kami pulang terpaksa pergi ke Ipoh pada sebelah petang.

Aku segera bersiap dan masak sarapan pagi (Maggie) sebelum kami berangkat pulang. 

Kami berlima terpaksa berangkat meninggalkan kawan-kawan yang lain pada pukul 11.00 am.


bergambar sebelum turun.

Dari Kem Pacat ke Hentian Abra kami hanya mengambil masa hanya selama 10minit. Kami melalui Hentian Abra tanpa berhenti dan meneruskan perjalanan tanpa henti selama 55minit dan berhenti selama 5minit di pondok singgah yang terakhir. Dan dalam masa 10minit kami akhirnya sampai ke pintu masuk dengan catatan masa selama 1jam 10minit untuk turun dari Kem Lolo hingga ke pintu masuk Gunung Nuang.

bergambar lega sebelum pulang ke rumah.
 
Selepas sampai dirumah, kami berlima ketiduran keletihan dan bangun untuk keluar melepak disebelah malam. Lewat malam dalam pukul 12.00 am. aku dapat SMS dari Show mengatakan mereka telah selamat sampai di rumah. Mengikut makluman yang aku dapat, mereka (Kajang Bukit Mewah Star) di sebelah petang dan bergerak pulang pada pukul 5.00 pm. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T kerana secara keseluruhanya kami semua dapat pulang dengan selamat dan jayanya. Alhamdulillahirabbal'alamin.
part of Kajang Bukit Mewah Star
 
Jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membaca ruang blog kami ini.
Doakan kami supaya terus maju dan terus melakukan aktiviti sihat dan berfaedah ini di masa akan datang hendaknya.
 
Kajang Bukit Mewah Star: 
  • Popo
  • Jai
  • Pi'e
  • Apek
  • Aspa
  • Kombey
  • Macha
Bangi Ming: 
  • Amar 
  • Ewat
  • Ijat 
  • Don
  • Izz (aku)
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI PADA KALI IN.
LOVE YOU ALL.. 


4 comments:

  1. thanx 4 izz azmee :):)xcebis kebosanan pon y timbul ktike aku membace ruangan ini...dan credit 2 mr.popo kerana tnpe beliau xkn tercapai impian kite tuk menawan puncak nuang nie..XD

    ReplyDelete
  2. yang atas ni aku rasa ewad yg cmmnt haha

    ReplyDelete
  3. thanks izz...
    tp ko lupe name aku mane eeehhh??

    ReplyDelete
  4. bile nk post entry bru psl korg??rndu kt kwn2 kt sne...

    ReplyDelete